Tujuan :

Membuat logo perniagaan untuk usahawan PEDi bagi perniagaan yang mereka jalankan.
 
 
Aktiviti :
 
Logo yang baik dan kontra boleh mempromosikan imej produk usahawan melalui jenama. Logo yang baik adalah mudah dan boleh dikenali, sesuai dan tidak dapat
dilupakan. Logo merupakan branding bagi produk usahawan tersebut. Logo membolehkan pembeli mengenal usahawan melalui pemilihan warna yang bijak.
 

Tujuan :

Petugas mengajarkan cara mengurus kad perniagaan yang diterima dari peniaga dengan cara merekodnya menggunakan Google Forms dan menyimpan
kesemua rekod tersebut di dalamnya.
 
 
Aktiviti :
 
Usahawan mempelajari cara membina aplikasi rekod kad perniagaan sendiri yang boleh didapati daripada telefon pintar. Usahawan yang menggunakan Google Form untuk analisis data yang lebih mendalam. Usahawan boleh membina order melalui google form.
 

Tujuan :

Petugas memberikan tunjuk ajar menggunakan aplikasi photopea untuk membuat baju online.
 
 
Aktiviti :
 
Peserta mempelajari cara design baju yang menarik. Peserta menjadi lebih kreatif dan dapat mengisi masa dengan aktiviti bermanfaat. Peserta turut ingin menjadikan hobi sebagai sumber pendapatan.
 

Tujuan :

Peserta mempelajari arah angin untuk menggunakan kompas.
 
 
Aktiviti :
 
Peserta diberikan panduan untuk menentukan arah. Biasanya arah mata angin digunakan semasa memandu arah atau mengemudi kapal, semasa
menggunakan kompas dan menggunakan peta. Peserta dapat menentukan arah mengikut lapan arah mata angin dengan berpandukan kompas dan youtube. Peserta dapat melukis arah mata angin.
 

Tujuan :

Bertujuan untuk mengkaji kelarutan air dan minyak apabila dicampurkan.
 
Aktiviti :
 
Membantu peserta untuk meningkatkan daya berfikir melalui STEM IOT. Mengkaji kesan pewarna makanan didalam air dan juga minyak. Apakah yang terjadi selepas dicampurkan?