Tujuan :

Mempelajari permainan dalam talian berasaskan kejuruteraan dan teknologi untuk kanak-kanak.
 
 
Aktiviti :
 
Membantu peserta untuk meningkatkan daya berfikir melalui STEM IOT.  Peserta dapat menerokai kejuruteraan melalui pembelajaran dalam talian.
  

Tujuan :

Para peserta mempelajari cara membuat Google Meet yang merupakan salah satu aplikasi persidangan atau panggilan video.
 
 
Aktiviti :
 
Meet yang digunakan oleh peserta merupakan satu aplikasi yang menggunakan perlindungan daripada Google untuk melindungi maklumat dan melindungi privasi peserta. Google Meet membantu peserta untuk menyesuaikan tetapan dengan kelajuan rangkaian, memastikan panggilan video berkualiti tinggi di mana sahaja peserta berada.
  

Tujuan :

Bertujuan untuk melatih peserta mengetahui cara menaip surat rasmi di samping peserta sentiasa praktis menaip dengan lancar.
 
 
Aktiviti :
 
Peserta diterangkan peserta diberi penerangan terlebih dahulu cara menaip surat rasmi, kemudian peserta diberi tunjuk ajar cara dengan merujuk contoh surat rasmi berformat dalam internet. Melalui aktiviti ini dapat melahirkan peserta Celik IT dan memudahkan peserta dalam kalangan pelajar sekolah untuk urusan rasmi seperti persuratan.
  

Tujuan :

Petugas memberikan penerangan kepada peserta tentang penggunaan laman web sebagai sumber carian.
 
 
Aktiviti :
 
Peserta diberikan URL atau pencari sumber seragam yang merujuk kepada lokasi tapak web, fail atau halaman tertentu di internet. Pada asasnya, ia adalah alamat yang boleh peserta mencari maklumat di web. Peserta boleh mencari setiap URL dan menampilkan berbilang bahagian penting, dan komponen URL dimana akan mempengaruhi keselamatan dan betapa mudahnya untuk mencari data dilaman internet.
  

Tujuan :

Bertujuan untuk membina carta organisasi struktur gambar rajah hierarki syarikat atau organisasi.
 
 
Aktiviti :
 
Carta organisasi merupakan alat bermaklumat yang boleh menjadi semudah kotak teks yang mengandungi nama atau jawatan yang disambungkan dengan garisan untuk menunjukkan pertaliannya. Peserta dapat membina templat yang direka secara profesional, sangat cepat untuk menjejak aliran kerja para peserta.